Tuesday, August 5, 2008

Rancang basmi kemiskinan

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu semua projek pembasmian kemiskinan dilaksanakan dengan lebih terancang, fokus dan bersepadu bagi memastikan hasrat menghapuskan kemiskinan tegar menjelang tahun 2010 dapat dicapai.
Mengambil contoh kejayaan Felda, Perdana Menteri berkata, projek agropolitan yang dimajukan oleh Risda mampu menghasilkan kejayaan yang dihasratkan jika semua pihak termasuk swasta berusaha bersungguh-sungguh ke arah mencapai matlamat itu.
''Jangan ada sikap cepat mengalah (sebaliknya) perlu ada semangat untuk memastikan kita dapat mengusahakan tanaman jenis lain yang boleh menambahkan pendapatan.
''Kalau Felda boleh maju, takkanlah projek agropolitan ini tidak boleh maju. Kita mahu semua naik, sama-sama naik, sama-sama maju,''